TIDAK semua orang dapat jatuh cinta dengan mudahnya.Ada kalanya sekadar bermain perasaan saja dan ada kalanya keadaan yang memaksa kita menyayangi seseorang itu kerana simpati terhadapnya yang mengharapkan kita.Ada kalanya pula kita terkena sumpahan cinta iaitu ilmu sihir yang memukau hingga membuat kita jatuh cinta dan selalu teringat akan dia.Walhal dia bukanlah sesiapa untuk kita mencintainya mungkin kerana kita menolak cintanya dia bertindak sedemikian supaya kita tunduk pada segala kemahuannya.Itu semua bukanlah cinta tulendari hati yang ikhlas.Cinti tulen adalah apabila kita betul-betul ikhlas menyayanginya,mencintainya,merinduinya sentiasa hingga sukar untuk berpisah walau sedetik pun masa berlalu.
Ada orang jatuh cinta kerana wajahnya yang berselera di mata,kelembutannya yang romantis,senyumannya yang manis,sifatnya yang penyayang ,keikhlasan hatinya yang tulus,tulisannya yang menyentuh perasaan,bicaranya yang menyenangkan hati dan kerana pegangannya agamanya yang kuat pada ALLAH.
Ada kalanya selama ini memang dia meminati kita dari jauh.Lantas dipertemukan waktu bila bertentang mata,lalu bertambah kuatnya cinta dan kasih yang diburu untuk memiliki kita.Orang begini sememangnya malu untuk berterus terang tentang perasaannya kini,mungkin ego menyeliputi dada dan hati berdebar-debar apabila menatap atau berselisih dengan kita secara tidak sengaja.Dia lebih banyak menyimpan perasaan dan menanti kita memulakannya dulu.Sering juga dia terbayangkan wajah kita dimana-mana.Lainlah jika dia seorang yang keletah tentu tanpa segan silu dia yang memulakan bicara ria itu.
Sesungguhnya insan yang pemalu ataupun ego dapat kita fahami dengan isyarat bahasa cinta melalui gerak lakunya.Jelingannya,renungannya,senyumannya,dan cara dia berbicara dengan kita atau saat dia berbicara dengan orang sekeliling kita,jelingannya sempat singgah pada kita sebentar cuma.
kadang-kadang kita tidak menyedari bahawa cinta persahabatan yang sememang kita anggap semua kawan adalah sama.Pahit dan manis kita lalui bersama detik-detik bahagia yang kadang-kadang diselit dengan gulana memanjang.Aduh,hebat bukan cinta!
kita tidak menyedari bahawa itu cinta yang lahir dari hati dan seterusnya membengkak sebuah perasaan yang sukar ditafsir dengan mata hati.
Aneh lagi apabila kita jatuh cinta pada orang yang selama ini kita benci.Boleh dikatakan musuh ketat dan selalu bertikam lidah walaupun benda yang remeh-temeh.Terasa tiada hari jika tidak memulakan api pertelingkahan.Dunia terasa sepi jika tidak bersua dan megenakannya agar api kemarahan terus membara.Tapi itu sebenarnya cinta yang hanya kita yang rasa.
ingatlah kita perlu berani memulakannya,barulah hati lega dengan segala gundah.Tapi kalau kita juga merasa segan maka melepaslah dia jika ada insan lain yang terlebih dahulu menawarkan cinta padanya.Apa lagi jika ada insan lain yang menempel pada sanubarinya.Dan hati itu akan menunggu cinta pertama yang dirasa cinta sejati yang tulen dari hakiki.