layakkah aku??

Standard

keputusan yang sukar untuk aku takluki tadi aku teringat kata-kata terakhir mantan PSU..ibarat seperti kita berjalan di tanah tinggi cameron highland tp kita turun dgn tidak ade ape2..org lain semua merasa pahit dan manis buah Strawberi…
Sambung bicara esok,sbb sekarang masa untuk tidur dulu

uJIan lagi ke??

Standard

MOOd=KuRaNg BaIK+GeRam

hari ini dah lepas satu test untuk business statistics.Tapi benda yang membuatkan aku bertambah geram portal aku wat hal last minit nak hantar kursus untuk semester ini.Portal aku xbleh bukak kat tempat lain selain laptop aku je nak laptop neh plak nk hang!!!!
wadduuuuuuuuuuuuuuhhhh sakit nya hati dah la test tadi entah apa aku jawab..

tahun baru dunia baru!!

Standard

hanya tinggal beberapa minit lagi akan tiba tahun baru 2010.Wah,dalam tahun ini aku dah mensasarkan beberapa target yang dah lama aku ingin laksanakan tapi disebabkan kurang jelas dipendamkan sahaja dulu.Oleh kerana esok aku akan melangkah ke alam 20 tahun aku hidup di alam fana ini,aku mensasarkan untuk dapat 2 DL dengan target 3.70 ke atas dan aku nak hapuskan semua C dan D…hahahha.Untuk dunia penulisan aku sasarkan agar banyak tuah yang aku dapat dalam tahun 2010 ni kerana aku rasa tahun 2009 paling malang kerana hanya satu sahaja karya yang kuar akhbar berbanding tahun 2007 dan 2008 yang aku rasa tahun kegemilangan dengan banyak hasil karya kuar akhbar.Pejam celik dah hampir empat tahun aku menulis.Tahun 2010 ini sahaja aku sasarkan dapat kuar paling rendah 10 puisi kat media cetak dan dalam masa yang sama aku kena siapkan novel satu bab sehari.Dan harapnya aku boleh terpilih untuk sayembara menulis Drama radio dan dapat menyiapkan sekurangnya 2 drama.
Dalam tahun ini juga aku kena banyak aku kena banyak qiyamulai kerana segala rezeki aku terserah padaNYA.Kalu tahun 2009 tiap hari jumaat je aku wt tahun ni kena tiap2 malam tunaikannya.Biar tiada gusar tumbuh dalam kalbu.Tahun depan juga aku akan berpuasa sunat tiap2 ari ahad dan isnin(insyaalah)sebab itu nazar aku lau dapat DL semester 3 lepas aku nak puasa ari isnin sepanjang sem 4,dan oleh kerana ari ahad kelas full aku kena puasa jugak sebab kira nak wat kawan ari isnin la..hehehhe
tahun ini aku berimej baru kerana sekarang aku telah berani pakai selendang kat kelas.Sebelum ini adik aku selalu kata xcocok dengan muka aku yang bulat ini.Tapi tak pe la asal menutup aurat.
Untuk tahun ini aku lebih mensasarkan untuk kebersihan jiwa,hati dan sanubari aku.

nilai kegagalan makna kejayaan

Standard

Hari ini kuberi penghormatan kepada orang-orang gagal dari zaman silam.Mengapa begitu??
kerana bila kuselak kembali lipatan sejarah kepada perjuangan untuk menjadikan dunia kita suatu tempat tinggal yang lebih indah,aku melihat “orang-orang gagal” dari zaman lalu,orang-orang gagal yang telah membawa erti besar kepada insan dunia sejagat daripada kesemua orang-orang berjaya yang telah tercatat megah dalam sejarah dunia.

Pada orang-orang gagal seperti ini terletaknya harapan dunia.Wahai insan yang digelar”orang-orang gagal”bangkitlah!!
lakukan sekali lagi,Di suatu tempat di dunia bertindak pasti ada ruang untukmu.Tiada orang gagal tercatat dalam riwayat sejarah insan benar,kecuali dia yang berhati pengecut yang gagal dan takut untuk mencuba lagi.Hati ini memberi penghormatan kepada mereka!!syabas kerana kalian tahu erti kegagalan sebelum kejayaan

menghitung hayat….(kalaulah aku bisa membaca takdir)

Standard

hanya nadiku sahaja yang berdenyut menandakan aku masih bernafas untuk hari esok di muka bumi Allah ini.Sesungguhnya jalan yang aku tempuhi tidak sama dengan orang disekelilingku.Setiap kali aku menjenguk takdir,sesaat itulah datang segala malapetaka yang menimpa.Seolah aku hidup dalam mimipi ngeri yang berterusan memburuku seperti seorang banduan dan pelarian hidup.Kalaulah aku bisa membaca takdir yang tersirat pada diriku tidak akan ku pilih jalan yang sukar untuk hidup kerana itu bisa membahayakan diriku.

Tapi aku tahu sudah terlambat untuk aku berpatah balik kerana disitu tumpah nilai pengorbanan orang-orang yang aku sayangi terlalu banyak dan telah banyak air mata aku tumpah disitu hanya menanti sebuah kejayaan yang benar-banar hakiki.

Dalam pada itu jua,demi menjaga maklamat seorang ibu,aku korbankan pendirianku,Tetapi terhanya aku tewas segala lagi pada takdir yang bijak menghayutkan aku dalam mimipi yang tidak berusia.Aku selemah-selemah manusia yang berdiri pada hidup dan ternyata hidup rupanya lebih hiporkit kerana hidup berdiri dengan wang,tanpa wang lenyaplah hidup dan takkdir juga seolah berdiri disitu hanya melihat apa berlaku sebaliknya.

Aku tidak menyalahkan takdir yang menimpa diri tetapi aku cuma terkilan kerana aku tidak dapat mengagak kenapa kau membiarkan aku terus menjadi pelarian hidup dan terus berdiri dalam gusar yang tidak pernah damai dan aku tidak pernah lena dalam tidur yang sentiasa memburu aku dalam mimipi…

ya allah aku takut menunggu hari esok.Aku takut air mataku tidak mampu menanggunya dan aku takut untuk kecewa dalam air mata lagi.Hanya itu yang mampu dibuat oleh seorang perempuan seprti aku.Allah masih mengurniakan secebis iman yang selalu bertawakal padanya.Alhamdulilah…Tapi aku sentiasa berharap agar takdirku berakhir di sini….selamanya biar tiada lagi insan ini untuk menggulung rindu…Aku selalu berharap agar esok aku tidak ada lagi buatku dan hanya yassin dan fatihah yang menemani perjalananku di hujung sana…Andainya aku tahu takdirku akan berakhir dihujung sini,Aku minta dimatikan dalam iman yang selalu bertakwa kepada Allah…hidup dan matiku hanya padanya
Aku kecewa menjadi pelarian hati yang hanya pungguk rindukan bulan….
Sedangkan teman-teman seperjuangan hanyut dalam gelak ketawa tidak bernoda dan aku kadangkala ikut serta untuk menyembunyikan resah yang berkalbu didada.Bijak aku menyusun kata supaya tidak ada orang yang kena dan tahu aku dalam kecewa kerana beribu kali ku bilang pada mereka.Hanya tertawa yang mereka tahu dan aku masih disitu tidak dapat mengagak waktu….

melayari erti kehidupan

Standard

Hari ini satu permulaan yang baik bagi diri aku keran akhirnya aku berjaya memerdekakan hati aku daripada kegusaran lalu.Pengalaman lalu yang ibarat tembok pemisah kini bukan lagi penghalang kerana ianya telah dihalang oleh badai semangat yang melumpuhkan kecewa…
hahahhaaha ibarat nyawa aku bersatu dengannya.Sudah lama aku tidak menjenguk Melorkirana ini.Almaklumlah aku ini banyak pasang blog…hehehehehe

Setelah setahun menyepi tanpa karya,akhirnya pada tanggal 20 september 2009 bersamaan 1 syawal 1430h karya pertama untuk tahun dan ketujuh dalam MM…Alhamduliliah kerana itu memberi aku semangat dan kepuasan yang baru untuk terus bertinta.Menjadi inspirasi buat aku untuk terus berilham.

Aduh,memang susah untuk bermula kerana setiap jawapan yang pasti tiada pada orang lain tetapi diri kita sendiri.Tapi belum tentu aku bisa melakar senyuman puas kerana banyak lagi tembok pemisah di sana..
Halangan dan dugaan yang diberi oleh Allah untuk kita menjadi lebih kuat dan tabah.Kini setiap benda memelukan pengorbanan dan kejujuran yang dinilai oleh Allah.Tapi bukan untuk dinilai oleh manusia.
Entahla sukar untuk dipercayai…
aku rasa cukuplah tintaku untuk malam ini.
dengan keadaan wifi yang selalu disekat menyulitkan keadaan untuk terus bertinta.
salam lebaran sesuci kemaafan..

…hapie bezday sweet 19…

Standard

selamat ulang tahun kepada diriku yang ke 19…tapi aku rasa tahun ini xbrape bermakna la buat aku sbb segalanya sepi tanpa ucapan rindu dari teman-teman bicara.Mungkin mereka lupa ari bersejarah aku ini,tapi tak mengapalah…yang penting aku sentiasa happy…
tahun ini azam aku nak tingkatkan kualiti diriku…
aja2 fithing…hahahahaha

KEAJAIBAN CINTA

Standard

Lemparkan seseorang yang bahagia dalam bercinta ke dada laut,pasti ia akan membawa seekor ikan.Lemparkan pula seseorang yang gagal kedalam gudang roti,pasti ia akan mati kelaparan.Kekasih terbaik adalah di mana ketika kita duduk bersama di sebuah ayunan,tanpa ada ucapan sekatapun,dan ketika harus berpisah dengannya,terasa seolah-olah hal tersebut merupakan percakapan paling menyenangkan yang pernah dilakukan bersama…Ajaib bukan?
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,debu beralih emas,keruh menjadi bening,sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga.derita menjadi nikmat dan kesengsaraan menjadi rahmat kerana cinta merupakan telaga kasih yang tidak berdasar.
Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat,kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Dan kenapa tuhan memberikan kita dua tangan untuk memegang,dua kaki untuk berjalan.dua telinga untuk mendengar dab dua mata untuk melihat.Tetapi mengapa tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
kerana tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang yang kita cintai dan hati itu akan menjumpai sinarnya tatkala kasih yang diidam bersatu.
Itulah hebatnya cinta…

PERJALANAN CINTA

Standard

TIDAK semua orang dapat jatuh cinta dengan mudahnya.Ada kalanya sekadar bermain perasaan saja dan ada kalanya keadaan yang memaksa kita menyayangi seseorang itu kerana simpati terhadapnya yang mengharapkan kita.Ada kalanya pula kita terkena sumpahan cinta iaitu ilmu sihir yang memukau hingga membuat kita jatuh cinta dan selalu teringat akan dia.Walhal dia bukanlah sesiapa untuk kita mencintainya mungkin kerana kita menolak cintanya dia bertindak sedemikian supaya kita tunduk pada segala kemahuannya.Itu semua bukanlah cinta tulendari hati yang ikhlas.Cinti tulen adalah apabila kita betul-betul ikhlas menyayanginya,mencintainya,merinduinya sentiasa hingga sukar untuk berpisah walau sedetik pun masa berlalu.

Ada orang jatuh cinta kerana wajahnya yang berselera di mata,kelembutannya yang romantis,senyumannya yang manis,sifatnya yang penyayang ,keikhlasan hatinya yang tulus,tulisannya yang menyentuh perasaan,bicaranya yang menyenangkan hati dan kerana pegangannya agamanya yang kuat pada ALLAH.

Ada kalanya selama ini memang dia meminati kita dari jauh.Lantas dipertemukan waktu bila bertentang mata,lalu bertambah kuatnya cinta dan kasih yang diburu untuk memiliki kita.Orang begini sememangnya malu untuk berterus terang tentang perasaannya kini,mungkin ego menyeliputi dada dan hati berdebar-debar apabila menatap atau berselisih dengan kita secara tidak sengaja.Dia lebih banyak menyimpan perasaan dan menanti kita memulakannya dulu.Sering juga dia terbayangkan wajah kita dimana-mana.Lainlah jika dia seorang yang keletah tentu tanpa segan silu dia yang memulakan bicara ria itu.

Sesungguhnya insan yang pemalu ataupun ego dapat kita fahami dengan isyarat bahasa cinta melalui gerak lakunya.Jelingannya,renungannya,senyumannya,dan cara dia berbicara dengan kita atau saat dia berbicara dengan orang sekeliling kita,jelingannya sempat singgah pada kita sebentar cuma.

kadang-kadang kita tidak menyedari bahawa cinta persahabatan yang sememang kita anggap semua kawan adalah sama.Pahit dan manis kita lalui bersama detik-detik bahagia yang kadang-kadang diselit dengan gulana memanjang.Aduh,hebat bukan cinta!
kita tidak menyedari bahawa itu cinta yang lahir dari hati dan seterusnya membengkak sebuah perasaan yang sukar ditafsir dengan mata hati.

Aneh lagi apabila kita jatuh cinta pada orang yang selama ini kita benci.Boleh dikatakan musuh ketat dan selalu bertikam lidah walaupun benda yang remeh-temeh.Terasa tiada hari jika tidak memulakan api pertelingkahan.Dunia terasa sepi jika tidak bersua dan megenakannya agar api kemarahan terus membara.Tapi itu sebenarnya cinta yang hanya kita yang rasa.

ingatlah kita perlu berani memulakannya,barulah hati lega dengan segala gundah.Tapi kalau kita juga merasa segan maka melepaslah dia jika ada insan lain yang terlebih dahulu menawarkan cinta padanya.Apa lagi jika ada insan lain yang menempel pada sanubarinya.Dan hati itu akan menunggu cinta pertama yang dirasa cinta sejati yang tulen dari hakiki.

dengan gelombang rindu

Standard

kalam yang bertinta

Maka hari ini,sang pawana nganguk kepelikan tatkala baru melihat pena ajaib.(kalau dizaman kita kini semua barang lama di anggap ssebagai sejarah)tapi cuma kita renung sejenak bayangkan kalau sebuah laptop ditemui Parameswara saat baginda pertama kali menjejakkan ke negeri yang diberi nama melaka.Tentu riuh dengan siapa pencipta dan bagaimana ainya muncul dengan tetiba.

sebuah cinta atau cerita…

Standard

melihat kepada situasi seorang remaja kini memang diakui segala memang bebas untuk dilakukan.Tambahan pula kepada yang sedang berjauhan dengan ibubapa.”sambil menyelam minum air”itulah yang dapat digambarkan perilaku remaja kini yang sememang tanpa segan silu mempamerkan adegan luar batasan keimanan.

Segalanya bermula dari cinta yang kononnya luar biasa.Apa yang luar biasa tu??
perasaan tidak tahu malu atau sekadar menunjuk yang kalian sadang bahagia.
sinis mata khayalak memandang memang tidak dipeduli kerana hati bahagia dengan si dia seadanya.
Aduh betapa bodohnya kalian yang hanyut dalam ilusi malam.
yang mencipta keindahan pada dosa semata-mata…
Adakah ini bahagia…sporting la dikira boleh tunjuk aksi luar biasa kat semua.
sedangkan dosa yang ditanggung bukan dikira??

apa kalian fikir semua noda yang dilakukan akan membawa bahagia dan selamanya kan selesa…
ingatlah kita sekarang ini dalam sebuah cerita yang direka semata-mata.
bukan kekal lama.
dan keindahan seorang wanita itu bukan dikira pada kecantikan wajah,tapi kecantikan yang sejati dan abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang.
kerana ilmu tidak tua kerana budi dan sikap tidak akan mati selagi jasab belum tertimbus.
tetapi setiap kecantikan yang diberi akan hilang jika diambil kembali.
kalau itu yang dilihat cinta bermakna memang ianya buat kerana tidak dapat menilai intan dan kaca.

sisir syahdu membias diri

Standard

hidup ini indah jika sepi kau kontangkan
pada gemersik suara alam yang mendayu
menarik hati megenali bait kata
menggapai rembulan ilusi kalbu
bertahta iman samudera sanubari
yang sesekali merentas sisir syahdu

aku ingin menjadi seperti rabiatul adawiyah
yang kental iman pada Allah
aku ingin menjadi seperti fatimah azzahra
yang kasih pada orang tuanya
aku ingin menjadi seperti syaidatina khadijah
yang setia pada cintanya
aku ingin menjadi seperti syadatina aisyah
yang tinggi darjat ilmunya
ya allah izinkan aku seperti muslimah syahadah…

RATNAKU

Standard

ratna sari puteri sulung kepada en rostam dan pn mariani,serta kekanda kepda rafni sari,rusyila sari,ruzman,rusmila sari.
pagi yang hening,jalan-jalan sibuk dilalui pelajar yang berpusu-pusu untuk kesekolah.Ratna tidak terkecuali membonceng motosikal kesayangannya diperkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu.
Sekolah yang sentiasa dihatinya,tahun ini merupakan tahun terakhir ratna menuntut ilmu disini dan tahun ini jugalah penentu masa depannya.Sememangnya Ratna seorang pegawas yang berdedikasi.Hal ini menyebabkan semua para pelajar takut dengannya.
Tepat jam 7.30pagi pintu pagar sekolah akan ditutup,dan para pelajar yang datang selepas itu tidak akan dapat masuk dan kehadiran mereka dikira tidak sah.
Tiba-tiba sebuah motor…..

bahtera waktu

Standard

“mel surat untuk kamu”ibu menghulur sekeping surat tawaran.Mel mengambilnya dari tangan ibu.
surat tawaran bekerja lagi.Mel dapat mengagaknya.selama ini pun sudah banyak surat tawaran yang diterimanya.Bukan dia tidak sudi untuk menerima sebarang tawaran dari pelbagai syarikat tersebut tapi batinnya belum bersedia untuk memulakannya.Apa yang dilakukannya sekarang sudah cukup untuk menampung hidupnya kini sebagai penulis buku pengembaraan kanak-kanak.
Juga sebagai pegawai fotografi.Hidup yang mudah dengan cara tersebut dapat melupakan tinta-tinta silam yang sememangnya menseliputi mindanya sejak dua tahun yang lalu.
Arif Zaim kenapa lelaki itu hadir dalam hidupnya lagi?
selama ini Nurmellyza berharap agar lelaki yang membawa sial dalam hidupnya pergi dari sini.Mutiara suci gugur dipergunungan pipi gebu milik Nurmellyza.Mengingatkan statusnya sebagai isteri yang sah kepada lelaki itu.Perit rasa hati apabila sebuah perhubungan hanya berbekal sebuah simpati.Membiar bahtera rumahtangga mengalir bersama waktu-waktu yang belum tentu bila akan berakhir dibiar tanpa talak.Digantung tidak bertali.

a part of my sweet life (ICRC)

Standard

I’m the member of international federation of red cross and red crescent societies,as a volunteer of kota bharu chapter (unit 1).

The International Committee Of the Red Cross/Red Crescent (ICRC) is an impartial,nuetral and independent organization whose exclusively humanitarian mission is to protect the lives and dignity of victims of war and internal violence to provide them with assistance.It directs and cordinates the international relief activities conduct by the movement in situations of conflict.It also endeavours to prevent suffering by promoting and strengthening humanitarian law and universal humanitarian principles.

The focus mission on me as The International Federation Of Red Crescent are given the community essential
support and back up them for continued their life.
WE HERE,TOGETHER FOR HUMANITY…
PEACE FOR THE WORLD
FREE PALESTINA…YA ALLAH

senaskah hadiah buat AYAH (ulangtahun ke 45)

Standard

selamat ulangtahun ayah..
jarang aku ungkapkan bait-bait itu
kerana kejauhan rindu membuak datang
tiada tergambar oleh bicara kasihmu
aku terfikir apa hadiah sepantasnya
namun tiada setanding
jadi aku tintakan ruang sayang ini
bahawa atma hati merasai hadirmu
larat membesar aku sembilan belas tahun
tanpa pamitan resah mahupun hiba

selamat ulangtahun ayah,
seandainya ayah tahu,
aku mengukir air mata bersama hadiah ini
tiada terpesan rindu kalbu
kerana pada siapa aku ingin sampaikan
salam lara air mata
hanya mampu ditinta
oleh duka keringatmu

Ayah
pahlawan sejatiku,
betapa ingin meluahkan rindu yang membara
aku tersorok oleh kedinginan malam
yang merasakan aku jurang pada kasih keluarga
esok moga ada ruang kita bertemu
lusa masih ada mentari menyinari kasih kita
dewasa kelak mungkin aku bakal disunting wira bahagia
masih ada lagi hadiah buatmu??
“Ada”jawab kalbuku
kerana disetiap lorong pertemuan
ada jalan kebahagian
cuma tidak tersinar oleh sayang dulu
aku cuma mengagak sepi

Pahlawan hatiku,Ayah.
sewaktu menatap rindu
tetiba telefon bedering
terpampar wajah tuamu manis berkumis
aku mengukir senyum bahagia
kata ayah “ada orang baca puisi kt TV1”
aku mendengar dengan jelas bait-bait puisi itu
syahdu hati bukan puisi itu yang mensyahdukan
tapi kasih ayah pada aku
ayah tahu minatku
ayah tahu hatiku
batinku menjerit rindu

YA ALLAh,rindunya aku
ayah memekapkan telefonnya pada skrin TV
air mataku mengalir spontan
ayah tahu puisi itu aku
dan aku itu puisi
sayu hati ini meresap
pilu kalbu ini menjalar
aku kedinginan kasihmu

AYAH
maafkan along andai
naskah ini belum cukup melerai pengorbananmu
memang tiada ganjaran mahupun hadiah
cuma sekeping hati seorang anak
serta seuntai doa merai ulangtahunmu

Ya allah lanjutkanlah usia ayahku
bahagiakan hidupnya
perkenankanlah segala doanya
permudahkanlah musibah yang melanda dirinya
AMIN

p/s:Maaf aku tidak dapat teruskan kerana dipergunungan pipi ini manik putih berjujuran bersama rindu yang membara.

TEST-(syok ke??)

Standard

selamat pagi,semua…
hari ini aku bangun awal pagi,mengadap buku lagi…Aduh dah sakit kepala ini,berat rasanya,kira aku memang tengah blur sekarang ini,semalam aku tolong bungkuskan hamper untuk budak-budak sejarah,biarpun diluar bidang tugas aku sebagai unit lain,tapi biarlah aku ada rasa tanggungjawab pada persatuan.Alamak,hari ini jugak aku ada presentation BI…Aiseyman aku ni dah la tension ngan test business mathematics entah apa la yang aku wat rasanya,business accounting pun lebih kurang sama jugak,Ya allah entah apa la ada dalam onak aku macam aku sia-sia macam tu je hidup ni!!..perjalanan hidup aku memang taklah sukar sangat tapi aku ego+malas,mana xjadi macam ni??hari ini plak test microeconomics,tapi aku macam xbersedia lagi,

wake up…girl…
Xkan selamanya engkau nak macam ni??janganlah masih berangan di awan biru yang xmungkin engkau akan gapai esok atau lusa(your future on your hand right n0w, so choice the best)
…asssalamualaikum….

rumah kecil di persimpangan

Standard

saat aku melewati tanah peninggalan arwah moyang kepada tok mek,aku terkial sepi kerana tanah yang dahulunya subur dengan keindahan kini bertukar kesepian…kesian tanah itu,dengar khabarnya Saupi anak saudara tok min(nenek saudaraku)y yang menjadi penghuni.Aku terfikir kenapa dia pula yang berlagak persis tuan tanah sedangkan aku juga layak sepantasnya berbanding dia yang hanya menumpang disitu.Ruamh kecil disitu didiaminya.Huh aku hanya bisa mengeluh kalaupun dia bermastautin di pinggir itu,tolong jangan sisihkan kami sekeluarga.Aku tahu keluarga ayah tidak mamapu bersuara.Iyelah semua adik-beradik ayah tidak ingin membina impian disitu.Kolotkan kalian semua!!

Tengok apa akan berlaku nanti??

our best gathering!

Standard

memang penat giller hari ini tapi best giller gak kuar dgn bff dari skul dulu. Kira ni mcm perjumpaan kecik kitaorang. Byk nak citer tp penat sgt2..sikit2 pow jadilah. Kerana kegembiraan yg sgt2 teruja. sayang kamu semua hingga hujung nyawa😀

Image

baucer buku

Standard

Image

inilah bwucer buku yg diterima minggu lepas..huh! minggu nie dah habis rm 200 (guna duit sendiri gak) nasib baik jugaklah ada duit lebihan. Kalau tak naya gak aku, maklumlah aku kalau buku semua mabuk, mmg xleh r masuk kedai buku. Semua buku nak beli,buat buku sendiri entah bila,asyik gila kat buku je, kat umah cam dh blh wt library.. Tp ak suka, suka sgt2 dgn buku..hah! memang mabuk buku lah!

Hari ini ak p MPH dgn adik @AbiqZahaba, emmm apa lagi mmg byk r beli smpai terlebih gak guna duit sediri. Mmg dh agak r cz b4 this pown mmg ak macam tu (xpandai bajet) hahahaa😛

Image

(inilah sebahagian buku yg aku beli kat DBP dan MPH Mid Valley) nasib baik gak ada diskaun kad siswa) *bilng2..suka3x

hehehe baca,jangan tak baca. Mak cakap beli buku byk2 tu khatam biar blh keluar buku plak..hasihhhhh buku aku asyik kena reject je,camner nk kuar? xpe jgn mudah putus asa k!

(pesanan utk diri sendiri)

-TERUSKAN USAHAMU🙂

hakikatkikat!!

Standard

oh no need to pretend that it yours! saboo je lah walau penggunaan bahasanya tak wape nak betul, ye la jgn nak salahkan aku kalau bahasa yg dorang guna dulu yg menyebabkan aku terikut ikut gak!

come on it just a story morry !! so tommorrow i will back to aswara and continued our training. Hopefully nobody know about this..my empty feeling! just keep on! huh! geram2..:P

ok,terima kasih.kbye..nite! nitemare ;3

Image

 

semakin matang :D

Standard

alhamdullilah, sudah masuk februari 2013. Akhirnya aku juga dah makin dewasa (barangkali) hahaha.. Sudah boleh tersenyum sinis🙂 opps…

insyaallah segala gundah yg ada kat sudut hati xpayah dipanjang2,kira dah boleh fikir dg matang dah sekarang ni! xperlu nak harapkan sape2 lagi.

Tahun ini sem 2 aku study kt aswara, moga2 dunia penulisan aku makin meningkat maju. Bila nak kuar novel? ntahlah sudah dlm proses siap cuma xde keyakinan diri g nk atar kat mana2. Takut gak pisang berbuah byk kali,huh!

Actually,aku tulis balik blog nie cz nak asah balik penulisan aku yg makin ari makin berkarat,nak tulis story morry sal kehidupan yg aku lalui tiap2 hari dan kat situ aku blh wt rujukan utk bab2 dlm novel dan skrip drama radio aku nanti 

oklah dah lewat neh,cuti raya neh mmg seminggu duk menghadap lappy. Becintan-cintun dgn lappy..hehehehee

Image